Monday, November 8, 2010

Saka

Pada Oktober 2010,saya diminta untuk merawat seorang pak cik yang meracau.Bila saya rawat dan mendapat laporan keluarganya disimpulkan bahawa ada saka yang menghuni tubuh pesakit.Saya bacakan manzil,pesakit menunjukkan reaksi gelisah,hari kedua saya bacakan manzil,pesakit muntah hitam.Pada pukul 400 pagi waris telefon pesakit meninggal dunia.Selang beberapa hari waris minta saya buat rawatan untuk confirmation saya saka atau tidak.Saya meminta seorang anak arwah yg selalu sakit kepala dan badan untuk dirawat.Bila saya mula baca manzil,pesakit meronta kuat dan berlakulah dialoq seperti berikut
Saya : Kamu saka yg telah lama dalam badan pesakit ni kan
Jin : ( Mengangguk )
Saya : Jin dalam badan arwah dah pindah dalam tubuh perempuan ni ke
Jin : Ya
Saya : Boleh saya cakap dengan jin tu ( tiba2 perempuan tu berubah watak tua.
Berapa umur kamu
Jin : 200 tahun
Saya : Kamu jaga dah berapa generasi
Jin : 3 generasi
Saya : Tinggalkan keluarga ni kerana mereka tidak memerlukan kamu
Jin : Ya ( Saka lambat memberi persetujuan )
Saya : Korang bersiap untuk tinggalkan keluarga ni
Jin : Ya ( Saya memberi masa kepada mereka utk pindah dan 3 hari saya datang lagi

Saya bacakan manzil lagi lama sehingga jin yg menyorok menunjukkan aksi HARIMAU nya.Sambil merangkak pesakit muntah dan mengaum.Bukan mudah untuk mengosongkan tubuh pesakit.Saya terpaksa mengambil masa 2 jam untuk melemahkan dan mengeluarkan.Hanya bantuan Allah sahaja kes ini dapat diselesaikan.Pesakit menyatakan dia tidak pernah merasa sihat seperti sekarang.Selama ini ia menyangka sakitnya itu sakit biasa..Akhirnya provokasi dari bacaan saya membongkar permainan saka tersebut

Thursday, August 5, 2010

Jin dan Hantu Dalam Masyarakat Melayu
Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak.Sebagaimana nama melayu,jawa,minang dan bangsa-bangsa lain tidak terdapat di dalam al Quran dan hadith,namun tiada seorang pun yang menolak kewujudannnya.Tidak di ketahui secara tepat samada jin yang memberi nama-nama tersebut atau manusia yang menggelar mereka dengan nama-nama tersebut.Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :
1. Bajang
Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. . Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.
2. Hantu Raya
Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Bahaya berdamping dengan Hantu Raya
a. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam
b. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal
Salah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya
Menurut pengamal perubatan tradisional, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja dalam proses menyingkirkan jin tersebut. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

3. Pelesit
Pelesit adalah dari golongan jin, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Ia dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Ia disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
Hantu pelesit perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.. Sebelum tuannya mati hantu pelesit hendaklah diwarisi oleh keluarga tuannya sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Hantu pelesit akan menyebabkan tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.
Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tahi besi (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) adalah antara benda yang ditakutinya. Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
4. Toyol
Toyol adalah jin berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Ia mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Secara umumnya toyol, mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari dan setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Bahaya memelihara toyol
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, Tuan baru toyol menggantikan tuan lamanya diperlukan jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, atau menghantar toyol itu balik ke tempat ia dibeli, atau dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (menggunakan ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. Kacang hijau yang diletakkan ke dalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.
5. Saka haiwan
Saka haiwan adalah jin berbentuk haiwan seperti saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.
Saka harimau biasa digunakan untuk menjaga diri,harta dan rumah.Di samping itu,tuan saka harimau akan memiliki kekuatan dan kehebatan pada pandangan manusia.Oleh sebab itulah ia digunakan dalam persilatan bagi manambah kekuatan pesilatan dengan bantuan saka harimau

6. Hantu Polong
Hantu Polong adalah sejenis jin belaan, biasanya lelaki, bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan dibacakan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Pemberian makanan menyebabkan polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut. Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa
Hantu polong perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.
7. Hantu Penanggal
Penanggalan adalah golongan jin yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang baru melahirkan anak oleh tuannya. Hantu penanggalan dikatakan sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang ke rumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
`Menurut perubatan melayu cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut. Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka
Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.
8. Hantu bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.
Contoh-contoh hantu yang telah saya terangkan di atas sebenarnya adalah golongan jin yang hidup di sekitar masyarakat melayu.Jika anda anda kemusykilan mengenainya bertanyalah dengan mereka yang faham tentang masalah tersebut.Menerima atau menafikannya tanpa mendapatkan maklumat dari orang yang yang munasabah adalah tindakan yang tidak wajar.

Sunday, April 4, 2010

KESILAPAN-KESILAPAN PESAKIT DAN MASYARAKAT

Dalam menghadapi masalah penyakit di zaman moden,berbagai kesilapan yang berlaku di kalangan pesakit atau masyarakat.Kesilapan-kesilapan ini berlaku kerana kecetekan ilmu masyarakat dan keengganan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih.

Antara kesilapan masyarakat dan pesakit
a . Jika dikaitkan sesutu dengan gangguan jin,masyarakat menganggap ia perkara khurafat kerana ia di luar kebiasaan manusia.Berdasarkan al Quran dan hadith gangguan jin terhadap manusia adalah wujud dan berlaku sejak zaman dulu lagi.Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat surah bahawa ada malaikat yang ditugaskan untuk menjaga manusia dari gangguan jin(Lihat ai Bidayah wan Nihayat jilid 1),Kesan dari kefahaman ini mereka enggan berjumpa dengan perawat syari' untuk mendapat rawatan.Kadang-kadang terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan melalui rawatan moden.
Kepercayaan khurafat sebenarnya ialah pegangan yang tidak berasaskan al Quran dan hadith seperti mandi safar,kubur keramat,mempercayai tangkal dan sebagainya.Kerap berlaku perawat yang memperkatakan tentang gangguan dan tidak mempunyai asas yang betu telah mengeluarkan satu kenyataan yang salah seperti wali ada di dalam jasad seseorang dan ia satu keistimewaan.Ini adalah satu kesilapan dan tipuan syaitan.

b . Membuat tuduhan yang melulu dengan mempercayai kata-kata jin yang berada di dalam tubuh pesakit.Hendaklah difahami bahawa asas menerima berita ialah menyelidik samada tuduhan betul atau tidak sebagaimana firman Allah
ان جاءكم فاسق بنباء فتبينوا bermaksud ......jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita atau keterangan hendaklah kamu siasat..Kerap berlaku jin menuduh seseorang menghantar sihir untuk pesakit,lantas pesakit atau keluarga mempercayai berita tersebut.Akhirnya keluarga pesakit dengan yang dituduh bermasam muka.

c . Mendapatkan rawatan yang bercanggah dengan hukum syariat .Antara ciri-ciri rawatan yang bertentangan
1 . Bomoh menurun di mana jin memasuki tubuh bomoh dan bertutur memberi petua atau menyatakan orang yang menyihir pesakit walaupun 'yang di dalam badan bomoh' mengaku wali Allah
2 . Menyuruh pesakit menyembelih binatang seperti kambing bagi memenuhi kehendak jin dan darah sembelih itu dilumurkan di tubuh pesakit atau di tempat-tempat tertentu
3 . Membaca jampi serapah yang mengandungi pemujaan atau penyeruan terhadap jin walaupun dalam jampi tersebut ada disebut 'dengan berkat kalimah lailahaillallah'
4 . Melakukan amalan yang bertentangan dengan syariat seperti memijak al Quran,melarang solat untuk beberapa hari,minum air longkang dan sebagainya.
5 . Menggunakan 'khadam jin' ketika rawatan
6 . Penggunaan kemenyan dan keris yang meragukan kerana ia tanda penggunaan jin dalam perubatan.

d . Inginkan penyembuhan segera.Setiap pesakit harus memahami bahawa dia berurusan dengan benda hidup yang mempunyai sifat degil,penipu,tahan lasak dan sebagainya.Oleh sebab itu perawat dan pesakit perlu memahami perkara sebagai asas tindakan.Jika pesakit hanya berharap kepada perawat tanpa membina kekuatan diri,proses mengeluarkan jin sukar dilakukan.Oleh sebab itu pesakit hendaklah beramal secara istiqamah.

e . Pesakit tidak mengetahui samada jin telah keluar dari tubuhnya atau tidak.Perawat dan pesakit perlu anda standard ujian untuk menentukan kedudukan tubuh yang diganggu samada jin di dalamnya aktif,lemah,menyorok atau telah meninggalkan tubuh pesakit.

f . Tertipu dengan status jin yang berada di dalam tubuh pesakit.Kerap berlaku pesakit menyangka bahawa dia disihir tetapi sebenarnya gangguan saka.Penipuan ini berlaku kerana
1 . Jin mahukan pengiktirafan kewujudannya sebagai pembantu pesakit.Sebenarnya yang merancang keadaan adalah jin saka sahaja.Di situlah kehebatan dan tugas jin saka difahami dan diterima oleh pesakit.Apabila pesakit mula menerima jin saka sebagai sebahagian dari keluaraganya,masalah sakit mula berkurang.tetapi pesakit akan menghadapi kerenah saka bertahun-tahun lagi.
2 . Jin saka ingin menyorokkan niat jahatnya dengan membuat tuduhan pesakit disihir.Akibatnya pesakit memberi fokus terhadap masalah sihir dan melupai kes saka.Oleh sebab itu jin saka berada di zon selesa.

Tuesday, February 9, 2010

TANDA-TANDA DIGANGGU JIN
Secara umumnya gangguan jin terhadap manusia menyebabkan tiga keadaan
a . Rasukan,histeria dan pengsan-pengsan
b . Masalah jiwa,hilang ingatan,murung,terasa ingin mati,gila
c . Sakit-sakit tubuh badan seperti sakit kepala,penyakit kulit,sesak nafas,tubuh lemah dan lumpuh.(Untuk memastikan sakit tersebut hasil dari gangguan jin ,perawat hendaklah membaca al quran kepada pesakit untuk diagnos samada sakit kerana gangguan jin atau sakit biasa sahaja.
e . Selalu bermimpi bertemu binatang buas atau berbisa seperti ular,kala jengking,lipan,harimau,singa,buaya,lembu dan sebagainya.
f . Kerap jumpa dengan seseorang dalam mimpi dan meminta anda menerimanya,atau menerima barang atau menerima perkhidmatan atau persahabatannya.
Untuk mengesahkan seseorang diganggu oleh jin,hendaklah ia berjumpa dengan perawat.Janganlah menyangka anda sakit biasa lantas enggan berjumpa perawat dan akhirnya jin bertapak di dalam tubuh anda dan menganggu sistem badan dan emosi anda

Tuesday, January 19, 2010

KES-KES RAWATAN
1 . Sihir yang dipusakai oleh keluarga
Seorang wanita yang telah lumpuh dan berada dalam hospital selama dua bulan,doktor mendapati tidak sakit.doktor menyarankan ia menjalani rawatan alternatif.Beliau telah berjumpa dengan saya pada pertengahan tahun 2009.Apabila saya membaca ayat al Quran kepadanya,beliau mula bersuara garau dan menjerit kesakitan.Setelah selesai sesi rawatan,saya berbual dengan untuk dapatkan maklumat mengenai kes.Akhirnya saya menbuat kesimpulan bahawa:
a . Sihir yang menganggu ibu-bapanya yang telah meninggal dunia dipusakai oleh pesakit
b . Adik beradik pesakit juga diganggu
c . Rawatan yang diterima sebelum ini tidak mencukupi dosage untuk menggugat kekuatan jin di dalam tubuhnya.
Saya telah mengatur sesi rawatan untuknya.Saya telah menggunakan 3 kaedah iaitu
a . Membacakan al Quran kepadanya
b . Memukul dan menyakitkan jin sihir
c . Mengatur amalan zikir,tilawah al Quran pesakit.
Antara dialoq saya dengan jin tersebut adalah seperti berikut
Saya : Dengan siapa saya bercakap
Jin : Nama saya Harun
Saya : Sejak bila engkau berada dalam tubuh dalam tubuh wanita ini
Jin : Sejak ibunya meninggal dunia
Saya : Siapa lagi yang berada dalam tubuh wanita ini
Jin : Adik beradik saya
Saya : Bagaimana keadaan kamu sekarang
Jin : Tak selesa ! Apa jenis perempuan dia ni,asyik baca quran aje...kami panas.tak pernah kami rasa macam ni.
Saya : Boleh kamu keluar dari tubuh wanita ini
Jin : Boleh....
Saya telah berdialoq dengan jin yang bernama Ani,Ana dan lain-lainnya.Proses mengeluar mereka mengambi masa yang panjang dan memerlukan kesabaran.Hari ini 27 jan 2010,beliau telah pulih 90 peratus

2 . Penyakit Kulit
Pada tahun 2006 saya telah di minta untuk menyelesaikan kes sakit kulit yang dihidapi seorang guru wanita selama 15 tahun.Pada hari pertama saya bacakan dl Quran pada dirinya BADANNYA MENGGIGIL,SERAM SEJUK DAN BERLAKU PERGERAKAN ANIH DALAM TUBUHNYA.Selepas itu beliau telah menjalan sesi rawatan selam lebih kurang 6 bulan.Adakalanya,ketika merasuk,pesakit bercakap Cina,Siam,India.Saya tidak membuat apa-apa tuduhan berdasarkan keadaan tersebut sebab penilaian awal tanpa berhati adalah tidak wajar.
Antara dialog yang berlaku adalah seperti berikut
Saya : Setelah pesakit merasuk saya bertanya.Siapa kamu
Jin : Macamlah tak kenal (Sambil memberitahu orang yang dituduh menyihir Pesakit)
Saya : Kamu jangan tuduh tanpa ada bukti
Jin :Ustaz tahu tak.Emak lelaki yang cinta dengan cikgu ni,kecewa bila dia kahwin dengan orang lain.Jadi dia upah bomoh asli untuk hodohkan mukanya,tapi suaminya tu bodoh,masih menyayanginya.
Saya : Saya dah bekalkan wanita ini dengan amalan sunnah,macamana ?
Jin : Tak pernah saya sakit macam ni,panas,sejuk.....bodoh punya cikgu.
Saya : Terima pukulan saya.....
Jin : Sakit..........Lepaskan saya.
Saya : Sekarang boleh keluar
Jin : Kami ramai ustaz.
Saya : Keluar siapa yang ingin selamat.

Semakin lama,penyakit kulit pesakit semakin berubah kerana jin yang membawa penyakit itu semakin berkurangan dan lemah.Beliau bersyukur melihat perubahan tersebut.Pesakit telah dirawat beberapa kali dan berlaku rasukan setiap sesi rawatan serta jin yang menganggu berjaya dikeluarkan.

3 . Kes Kesan Saka

Pada suatu hari,saya diminta datang ke rumah seorang Pegawai Petronas.Isteri beliau menghadapai masalah gangguan jin saka hampir 15 tahun,Puas menerima rawatan namun tidak menunjukkan pemulihan yang diingini.Kegagalan untuk pulih adalah kerana
1 . Rawatan tidak mencapai tahap menggugat kedudukan jin dalam tubuh pesakit
2 . Pesakit tidak dibekalkan dengan amalan yang sempurna dan mencukupi untuk menggugat kedudukan jin.
Pesakit sering menghadapai masalah ketakutan,lemah-lemah badan,jalan seperti orang tua dan tidak stabil.Beliau menceritakan bahawa keluarganya ada yang mengamalkan ilmu seri wajah yang menggunakan perkhidmatan jin untuk kemujaraban ilmu tersebut.
Apabila saya membaca al quran kepada pesakit pesakit menggigil seperti orang tua,menjadi seolah-olah buta,mengelupur kesakitan.Oleh kerana pesakit bersemangat untuk sembuh dalam tempuh satu tahun beliau telah sembuh 80 peratus.Saya masih rawatan terakhir untuk mengeluarkan saki baki jin saka,berlaku dialog seperti berikut
Saya : Tinggalkan pesakit ini
Pesakit : Tidak,dia cucu aku (Jin menganggap keluarga tuannya sebagai cucu)
Saya : Jika engkau enggan,kamu dalam bahaya.
Pesakit(Tiba-tiba pesakit dalam keadaan tercekik dan sukar bernafas.Oleh kerana khuatir keadaan tersebut,saya meminta jin itu menamatkan perbuatan mencekik pesakit dan saya bersedia menghentikan rawatan kerana pesakit akan menjadi mangsa 'perlawanan'saya dengan jin saka.Bila saya menghentikan rawatan keadaannya reda.Ketika itu pesakit telah pulih 70 peratus.Saya mengatur amalan pesakit supaya kekuatan dapat dikalahkan.Saya bersyukur,walaupun pemulihan 100 peratus tidak berlaku,pesakit boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

4 . KES PEGAWAI POLIS DISANTAU

Seorang pegawai polis menghadapai masalah sakit-sakit badan dan sukar tidur.Setelah dirawat sakit-sakit badan telah hilang dan boleh tidur.Dua hari selepas itu penyakitnya berulang.Ketika dirawat pada hari berikut saya berusaha untuk mengajak jin yang menganggu untuk berbual dan berbincang.Setelah saya memicit di bahagian kaki dan mencucuk di bahagian dada,pesakit merasuk dan saya meminta ia keluar,jin setuju setelah merasa terlalu sakit.
Setelah 2 minggu saya pergi ke rumahnya untuk melakukan rawatan susulan.Apabila dibacakan manzil,pesakit merasuk dan berlaku dialoq seperti berikut
Saya : Kenapa engkau tak keluar lagi
Jin : Aku dah lama dalam badannya
Saya : Datang dari mana
Jin : Pada latihan menembak
Saya : Tinggalkan lelaki ini,kalau tidak saya akan belasah kamu
Jin : Baiklan
Akhirnya jin keluar dari tubuh

5 . Kes saka harimau
Seorang ustaz telah menelefon saya untuk mendapatkan rawatan.Oleh kerana kesibukan saya dan dia meminta rawatan segera,temujanji rawatan adalah selepas subuh 26 feb 2010.Saya membacakan manzil kepada pesakit.Beliau merasa panas dan pergerakan kebas di dalam tubuhnya.Kesihatannya semakin baik,tetapi saya menyatakan jin saka belum keluar sepenuh,akhirnya saya bertemu dengan pesakit di rumahnya pada 1 mac 2010.Setelah saya membaca manzil lebih kurang 45 minit,pesakit mula merengus dan mengaum seperti seekor harimau.Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Akhirnya saya telah pukul dengan perlahan dan memicit jarinya dan pesakit meraung.Saya mengajaknya berdialoq
saya : Siapa kemu
Jin : enggan menjawab serta mengaum
saya : Kamu jin saka ke ?
Jin : Mengangguk dan meraung kesakitan...jin enggan berbual dengan saya.Akhirnya saya memaksa jin keluar.Walaupun terasa gelombang pergerakan keluar dari tubuh,saya merasai ada
lagi jin yang tinggal.Apabila saya baca dan sakitkan jin jin meraung tapi tidak sekuat yang awal.Apabila saya arahkan keluar,jin keluar.Pesakit merasakan perubahan positif pada tubuhnya.Saya mengatur amalan pendinding untuknya dan mengatur temu janji untuk berikutnya.

6 . Kes sihir pemisah
Saya telah menerima panggilan dari seorang pelajar UPSI.Seorang wanita mengalami sakit perut yang kritikal.Beliau meraung kerana terlalu sakit.Saya membaca ruqyah manzil kepada pesakit.Namun ia semakin sakit.Akhirnya saya membaca manzil pada air penawar dan memberi minum kepada pesakit.Apabila pesakit mula minum,perut memulas seolah sesuatu nak keluar dari perutnya.Pelajar-pelajar wanita yang membantu saya telah melihat dan menerima 2 biji batu keluar dari kemaluan wanita tersebut.
Diberitahu bahawa wanita ini dalam proses penceraian dengan suaminya.Beliau menghadapi masalah rumahtangga sepanjang hidup bersama dengan suaminya.Pada pandangan saya,ini adalah sihir yang ingin memisahkan kedua suami isteri tersebut

Tuesday, January 12, 2010

MAKHLUK HALUS

Pendahuluan
Makhluk halus ialah makhluk yang tidak berjisim yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.Mereka hidup di alam ghaib seperti Malaikat yang dicipta dari cahaya.Manakala jin,syaitan dan Iblis dicipta dari api.

Tugas jin
Masyarakat jin mempunyai tugas yang sama dengan manusia iaitu beribadat kepada Allah sebagaimana firman Allah
وما حلقت الجن ولأنس الا ليعبدون
ُ'Dan tidak aku cipta jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Allah

Menurut Ibnu Umar Jin dicipta 2000 tahun mendahului manusia.Malaikat mempersoalkan perlantikan manusia sebagai kerana sebelun itu dunia ditadbir oleh golongan jin sehingga banyak berlaku kerosakan.Allah memerintahkan malaikat memerangi golongan jin dan menangkap mereka dan mengangkat mereka ke langit dan di halau ke pulau-pulau.

Bangsa jin adalah seperti manusia berdasarkan penempatannya.Satu kes,seorang doktor melayu baru balik dari Ireland,sakit misteri,bila dirawat beliau merasuk dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris Ireland.

Imam Tabarani telah meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda
الجن على ثلاثة اصنافوصنف لهم اجنحة يطيرون فى الهواء وصنف حيات
وصنف يحلون وصنف يظعنون

Jin itu terdiri dari tiga golongan iaitu golongan yang bersayap dan terbang ke angkasa,kedua jenis ular dan ketiga golongan yang berpindah dan bertempat

Abu Darda'pula telah meriwayatkan hadith yang bermaksud 'Allah telah menjadikan jin itu dari 3 golongan iaitu,ular,kala jengking dan binatang tanah,golongan seperti angin di udara

Dalam kitab al Gharaibu wa ajaiibil jin Qadi Baharuddin menyatakan bahawa ada jin yang separuh berupa manusia yang bernama Syaq dan suka menganggu musafir yang bersendiriaan

Monday, January 4, 2010

KENAPA ANDA MEMILIH RAWATAN QURANI

1 . Dapat menhampirkan diri kepada Allah
2 . Terselamat dari kaedah yang bertentangan dengan syariat Islam
3 . Terselamat dari perangkap jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.Terdapat pesakit yang dilarang untuk membaca al quran dan birzikir apabila mendapat rawatan alternatif.
4 .Terselamat tipu daya syaitan.Satu kes,suami menceraikan isterinya kerana ibu suami berjumpa dengan bomoh menyatakan isterinya telah menyihir suaminya.Walaupun perkara ini boleh berlaku,perawat tidaklah boleh begitu mudah dengan sekali rawatan,terus menuduh seseorang tanpa memahami tatacara membuat tuduhan.Semua orang terikat dengan sistem syariah dalam semua keadaan.Apabila isterinya jumpa dengan saya,tidak ada'prima facie'kes.Tanpa ada bukti untuk dikaji,saya menafikan isteri menyihir suami...akhirnya suami rujuk kepada isteri

Wahai saudara-saudaraku,jika anda telah membukti 'beyond the shadow of doubt,silakan
membuat tuduhan.Jika tidak kesihanilah mereka........jangan cemari hubungan mereka.

Mengenali rawatan qurani

1. Diasaskan oleh Ustaz Mohd Azman b Mohd Jusan pada tahun 1999.
2. Memulakan rawatan sejak tahun 1993.
3 .Pendidikan ialah BA(Hons)Syariah Pengajian Islam UKM,Bangi.Menyambung pengajian
secara tidak formal di India dan Pakistan.Belajar tahfiz dengan bertalaqqi dan Musyafahah di
beberapa madrasah,tetapi tidak dapat menamatkannya.
4. Pada tahun1999,setelah melakukan proses pemulihan bangunan menara Kuala Lumpur dan
berbincang dengan Tuan Haji Alwi Kamus dan Moin Mokhtar sebagai anak murid bersetuju
untuk memulakan operasi Pusat Rawatan Qurani di Batang Kali.Pada tahun 2003 Pusat
Rawatan Qurani ditutup kerana kesibukan perawat-perawat dengan urusan peribadi mereka.
Sekarang Ustaz Azman melakukan rawatan berasaskan temujanji sebagai satu perkhidmatan
kepada Masyarakat.
5. Beliau adalah tenaga pengajar di SMK Syed Mashor,beliau adalah imam di masjid Bandar
Utama Batang Kali,mengajar di Masjid/surau sekitarnya dan di Pusat Pemurnian akidah di
Ulu Yam Baru.
6. Beliau banyak membantu individu dan syarikat dalam menyelesaikan masalah gangguan saka
sihir, konflik jiwa.mereka yang berminat untuk menghubungi beliau,sila dail 0193666837