Tuesday, March 15, 2011

KES TUNTUTAN CERAI

Pejabat Agama menyuruh suami isteri merujuk kes tuntutan cerai isteri.Apabila pesakit dirawat berlaku rasukan seperti berikut
Saya : Kenapa ganggu wanita ini
Jin : Saya mengasihinya
Saya : Sihir atau saka
Jin : Bukan
Saya : Keluar sekarang ( Jin menjerit kerana disakiti )
Pesakit telah dirawat 3 kali sehingga semua jin dapat dikeluarkan dan saya tanya samada ingin meneruskan tuntutan.Ia mengatakan keinginannya untuk meneruskan tuntutan tersebut.saya menyatakan 'JIKA PUAN MENERUSKAN KEINGINAN PUAN MAKA OBJEKTIF DAN MATLAMAT GANGGUAN TERCAPAI DAN PUAN AKAN DIGANGGU SEMULA KERANA JIN BERKEINGINAN MEMILIKI PUAN..PUAN FIKIR HABIS-HABISAN....Akhinrnya wanita itu membatalkan tuntutannya
NASIHAT KEPADA MASYARAKAT

1. Minta nasihat alim ulama' dalam menyelesaikan masalah gangguan
2. Solat hajat agar Allah menunjukkan jalan
3. Jangan menerima khidmat jin walaupun bomoh menyatakan jin yang menghampiri anda
itu dikatakan wali.Sedangkan manusia berwajah WALI,anda tertipu,bayangkan jin yang
tidak boleh dilihat
KURSUS RAWATAN QURANI

1.0 PENDAHULUAN
Arus kemajuan ekonomi menggalakkan masyarakat bersaing untuk maju dan memperolehi pendapatan yang tinggi.Seringkali individu melupakan cara untuk mencapai kemajuan tersebut samada dibenarkan oleh syariat atau tidak kerana yang penting bagi mereka ialah hasrat tercapai. Terdapat ahli masyarakat Islam yang menggunakan kaedah yang bertentangan dengan syariat seperti menggunakan tangkal bertujuan merealisasikan impian dan matlamat mereka

2.0 LATARBELAKANG
Masih ramai individu keliru mengenai gangguan makhluk jin sehingga ada yang menolak kewujudan gangguan tersebut dengan alasan khurafat .Individu yang mengalami masalah gangguan jin dan gagal dipulihkan secara moden terpaksa mencari penyelesaian alternatif.Berjumpa dengan perawat yang menggunakaan kaedah yang dilarang oleh syara’ merosakkan akidah dan persekitaran masyarakat.Individu hendaklah memilih kaedah yang dibenarkan oleh syara’ supaya masalahnya dapat diselesaikan.Kejahilan masyarakat mengenai rawatan gangguan jin berasaskan Islam perlu diambil serius oleh mereka yang mengetahui dengan mendedahkan mereka kepada rawatan bersumberkan al Quran dan hadith.

3.0 TUJUAN SEMINAR /KURSUS
Masalah menggunakan khidmat ahli sihir untuk bersaing dalam perniagaan,kenaikan pangkat dan membalas dendam semakin menjadi-jadi.Begitu juga individu yang inginkan kehebatan diri dengan menggunakan perkhidmatan jin merupakan perangkap bahaya yang tidak disedari oleh kebanyakan individu.Oleh sebab itu seminar ini diadakan untuk mendedahkan peserta dengan alam jin,jenis-jenis gangguan dan cara menyelesaikan masalah gangguan jin.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Peserta dapat mengetahui erti jin dan cara hidup alam jin,gangguan
jin, saka dan sihir.
4,2 Peserta dapat mengetahui cara mengenalpasti gangguan jin dan cara
merawat diri yang menghadapi masalah saka dan sihir .

5.0 PENGANJUR
Nama : Ustaz Mohd Azman b Mohd Jusan ( Pengamal Rawatan Qurani )
1
Pendidikan : BA(Hons) Syariah dan Undang-Undang ,Pengajian Islam UKM.
Pekerjaan : Guru di SMK Syed Mashor,Batang Kali
: Imam Masjid Bandar Utama Batang Kali.Selangor
: Pendakwah dan Penceramah bebas
: Pengamal Rawatan Qurani

Pengalaman : Merawat sejak 1995 dalam kes
A saka
1 Saka Bomoh
2 Saka Harimau
3 Saka Pendekar
4 Saka Seri wajah

B sihir.
1 Sihir pemisah ( Kes rumah tangga dari Pejabat Agama Kuala Kubu Baharu
yang melibatkan sihir kerap dirujuk kepada Ustaz Mohd Azman)
2 Sihir Bahan sehingga keluar batu , kaca dan jarum dari tubuh pesakit
3 Santau
4 Pukau untuk kenaikan pangkat
5 Pelaris

C Pemulihan Bangunan
1 Menara Kuala Lumpur
2 Projek Mini Hidro Kerling
3 Tempat simpanan Minyak Shell Melaka

4 Tapak Projek Lembah beringin
5 Darul Quran KKB
6 SMK Gendangsa,Selangor
7 MRSM Kuala Kubu Bharu
8 SMK Kuala Kubu Baharu
9 KB Teknik Sd Bhd,Batang Kali
10 Jabatan Strategik MARDI
11 Rumah-rumah individu yang bermasalah

D Membuka Pusat Rawatan Quran
Pada tahun 1999 , Ustaz Mohd Azman b Mohd Jusan , Alwi b Kamus dan Moin b Mokhtar telah mengasaskan Pusat Rawatan Qurani dan ditutup pada 2004 kerana masalah kesibukan
Banyak kes bangunan dan individu yang tidak boleh dinyatakan di sini untuk menjaga nama baik individu atau syarikat.

6.0 KURSUS-KURSUS YANG DIANJURKAN
seminar rawatan qurani 24 feb di UPSI
Kursus rawatan qurani 06 mac 2011 di Galeri Emas,Batang Kali

7.0 NAMA KURSUS ATAU SEMINAR
Kursus Perubatan Islam Dalam Masalah Gangguan Jin

8.0 Perisian Seminar
Seminar 1
Kursus ini akan mendedahkan tiga Tajuk Utama iaitu
1 Jin,Bahagiannya dan sifat dan cara kehidupan Jin
2 Jenis Gangguan Jin Iaitu Saka,Sihir dan gangguan biasa
3 Kaedah pemulihan gangguan
Kursus 2
Kursus ini memberi latihan kepada peserta :
1 Membina kekuatan diri
2 Pagar diri
3 Latihan menyelesaikan masalah saka,sihir dan gangguan jin
4 Latihan menyelesaikan masalah rumahtangga

9.0 TENTATIF SEMINAR 1
8.30 Pendaftaran
9.00 Ceramah 1
Jin , bahagiannya dan sifat atau cara hidup jin
10.30 Kudapan
11.00 Ceramah 2
Jenis gangguan (saka dan sihir )

12.30 Soal jawab
1.30 Makan tengahari / solat zohor
2.30 Ceramah 3
Kaedah penyelesaian masalah gangguan jin dan sihir dan amali
4.00 Minum petang

10.0 SASARAN
1 Individu muslim yang berminat untuk menjadi perawat
2 Individu atau keluarga yang menghadapi masalah saka atau sihir
yang kronik
3 Syarikat – syarikat atau NGO atau organisasi yang ingin pendedahan
mengenai masalah Gangguan .
4 Masjid yang ingin membentuk team ‘Perawat Alternatif’ sebagai
satu khidmat masyarakat dan sumber pendapatan masjid .

11.0 KOS KHIDMAT PROFESIONAL

Perseorangan rm 50 untuk 30 peserta
Syarikat rm 1500-2000 jumlah peserta tiada had


Kos yang dinyatakan di atas boleh dirunding untuk pengurangan berdasarkan faktor-faktor yang munasabah .




12.0 TEMPAT SEMINAR / KURSUS
12.1 Jika seminar dianjurkan oleh mana Organisasi , pihak penganjur
bertanggungjawab menentu tempat seminar / kursus dan kosnya
ditanggung oleh pihak penganjur

12.1 Jika dianjurkan oleh Tenaga Pengajar (Ustaz Mohd Azman b Mohd Jusan)
atas permintaan mana-mana individu atau organisasi,urusan
tempat,makan akan diuruskan oleh Tenaga pengajar

13.0 PENUTUP
Pihak pengajur mengharapkan pendedahan masalah gangguan jin dapat membantu
masyarakat yang menghadapi masalah tersebut dan masyarakat dapat mengetahui
masalah ini bedasarkan asas syariat Islam.


DISEDIAKAN OLEH

…………………………………………………
MOHD AZMAN BIN MOHD JUSAN
PENGAMAL RAWATAN QURANI












6