Sunday, April 4, 2010

KESILAPAN-KESILAPAN PESAKIT DAN MASYARAKAT

Dalam menghadapi masalah penyakit di zaman moden,berbagai kesilapan yang berlaku di kalangan pesakit atau masyarakat.Kesilapan-kesilapan ini berlaku kerana kecetekan ilmu masyarakat dan keengganan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih.

Antara kesilapan masyarakat dan pesakit
a . Jika dikaitkan sesutu dengan gangguan jin,masyarakat menganggap ia perkara khurafat kerana ia di luar kebiasaan manusia.Berdasarkan al Quran dan hadith gangguan jin terhadap manusia adalah wujud dan berlaku sejak zaman dulu lagi.Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat surah bahawa ada malaikat yang ditugaskan untuk menjaga manusia dari gangguan jin(Lihat ai Bidayah wan Nihayat jilid 1),Kesan dari kefahaman ini mereka enggan berjumpa dengan perawat syari' untuk mendapat rawatan.Kadang-kadang terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan melalui rawatan moden.
Kepercayaan khurafat sebenarnya ialah pegangan yang tidak berasaskan al Quran dan hadith seperti mandi safar,kubur keramat,mempercayai tangkal dan sebagainya.Kerap berlaku perawat yang memperkatakan tentang gangguan dan tidak mempunyai asas yang betu telah mengeluarkan satu kenyataan yang salah seperti wali ada di dalam jasad seseorang dan ia satu keistimewaan.Ini adalah satu kesilapan dan tipuan syaitan.

b . Membuat tuduhan yang melulu dengan mempercayai kata-kata jin yang berada di dalam tubuh pesakit.Hendaklah difahami bahawa asas menerima berita ialah menyelidik samada tuduhan betul atau tidak sebagaimana firman Allah
ان جاءكم فاسق بنباء فتبينوا bermaksud ......jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita atau keterangan hendaklah kamu siasat..Kerap berlaku jin menuduh seseorang menghantar sihir untuk pesakit,lantas pesakit atau keluarga mempercayai berita tersebut.Akhirnya keluarga pesakit dengan yang dituduh bermasam muka.

c . Mendapatkan rawatan yang bercanggah dengan hukum syariat .Antara ciri-ciri rawatan yang bertentangan
1 . Bomoh menurun di mana jin memasuki tubuh bomoh dan bertutur memberi petua atau menyatakan orang yang menyihir pesakit walaupun 'yang di dalam badan bomoh' mengaku wali Allah
2 . Menyuruh pesakit menyembelih binatang seperti kambing bagi memenuhi kehendak jin dan darah sembelih itu dilumurkan di tubuh pesakit atau di tempat-tempat tertentu
3 . Membaca jampi serapah yang mengandungi pemujaan atau penyeruan terhadap jin walaupun dalam jampi tersebut ada disebut 'dengan berkat kalimah lailahaillallah'
4 . Melakukan amalan yang bertentangan dengan syariat seperti memijak al Quran,melarang solat untuk beberapa hari,minum air longkang dan sebagainya.
5 . Menggunakan 'khadam jin' ketika rawatan
6 . Penggunaan kemenyan dan keris yang meragukan kerana ia tanda penggunaan jin dalam perubatan.

d . Inginkan penyembuhan segera.Setiap pesakit harus memahami bahawa dia berurusan dengan benda hidup yang mempunyai sifat degil,penipu,tahan lasak dan sebagainya.Oleh sebab itu perawat dan pesakit perlu memahami perkara sebagai asas tindakan.Jika pesakit hanya berharap kepada perawat tanpa membina kekuatan diri,proses mengeluarkan jin sukar dilakukan.Oleh sebab itu pesakit hendaklah beramal secara istiqamah.

e . Pesakit tidak mengetahui samada jin telah keluar dari tubuhnya atau tidak.Perawat dan pesakit perlu anda standard ujian untuk menentukan kedudukan tubuh yang diganggu samada jin di dalamnya aktif,lemah,menyorok atau telah meninggalkan tubuh pesakit.

f . Tertipu dengan status jin yang berada di dalam tubuh pesakit.Kerap berlaku pesakit menyangka bahawa dia disihir tetapi sebenarnya gangguan saka.Penipuan ini berlaku kerana
1 . Jin mahukan pengiktirafan kewujudannya sebagai pembantu pesakit.Sebenarnya yang merancang keadaan adalah jin saka sahaja.Di situlah kehebatan dan tugas jin saka difahami dan diterima oleh pesakit.Apabila pesakit mula menerima jin saka sebagai sebahagian dari keluaraganya,masalah sakit mula berkurang.tetapi pesakit akan menghadapi kerenah saka bertahun-tahun lagi.
2 . Jin saka ingin menyorokkan niat jahatnya dengan membuat tuduhan pesakit disihir.Akibatnya pesakit memberi fokus terhadap masalah sihir dan melupai kes saka.Oleh sebab itu jin saka berada di zon selesa.